Sunday 28 April 2013

Pembangkang Ketandusan Idea Serang BN. - Jamaluddin Jarjis :


MUADZAM SHAH 28 April - Provokasi yang dilakukan oleh Pembangkang sebagai terdesak dan ketandusan idea kononnya mahu meraih sokongan rakyat agar membenci UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, pembangkang seolah-olah tiada idea dengan provokasi yang dilakukan serta mewujudkan kenyataan palsu dan diedarkan kepada orang ramai.

"Sebagai contoh mereka (pembangkang) menulis kenyataan yang menghina parti mereka sendiri supaya orang ramai benci kepada UMNO dan BN. Kadang-kadang perbuatan menjatuh dan membakar bendera serta poster dilakukan oleh ahli parti pembangkang.

"Saya ingin mengingatkan petugas jentera BN berhati-hati dengan provokasi parti lawan kerana mereka tidak mampu lagi meraih sokongan rakyat," katanya kepada pihak media selepas mengadakan tinjauan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Bukit Ibam di sini semalam.


Turut serta calon BN Dewan Undangan Negeri (BN) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Tambah Jamaludin lagi, ini dilihat satu tindakan terdesak dengan membakar bendera dan bilik gerakan yang dilakukan oleh penyokong parti sekaligus menuduh petugas BN yang melakukannya.

"Kita tahu bahawa petugas-petugas BN amat berdisplin dan kita tidak melakukan kaedah sebegitu. katanya.

Menurutnya lagi yang juga penyandang kerusi Parlimen Rompin, transformasi yang dilakukan Perdana Menteri berjaya membawa banyak perubahan dan pembaharuan kepada masyarakat serta berjaya mencapai rekod pentadbiran terbaik sepanjang empat tahun menjadi Perdana Menteri.

"Pencapaian itu membuatkan pembangkang tidak mampu bersaing menawarkan manifesto mereka kepada rakyat tentang agenda pembangunan dan masa depan.

"Apa yang mampu mereka lakukan dalam kempen saat-saat akhir ini adalah mmbuatkan rakyat Malaysia marah kononnya kita (BN) menghina pemimpin mereka dan menghina islam," ujarnya. Klpos

No comments:

Post a Comment