Friday 3 May 2013

ECER Bantu Naikkan Ekonomi Orang Asli Di Rompin..


ROMPIN 2 April - Projek nanas yang dimajukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan menaikkan ekonomi orang asli Kampung Tanam di sini.

Ketua Umno Bahagian Rompin, Datok Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, projek nenas yang dibangunkan oleh ECER akan memberi peluang perkerjaan kepada warga orang asli di Kampung Tanam dan menjana pendapatan mereka.

"Projek ini bukan saja memerlukan mereka berkerja tetapi akan melibatkan diri dalam projek ini melalui koperasi, semua warga Kampung Tanam akan mempunya kepentingan dalam projek ini dalam bentuk saham koperasi.

"Untuk itu ECER telah memberi jaminan bahawa mereka akan mendapat sekurang-kurangnya RM600 sebulan melalui koperasi, pendapatan boleh bertambah jika mereka menjadi pengusaha nenas serta berkerja diprojek nenas akan mendapat gaji bulanan jika tidak berkerja akan hanya mendapat duit koperasi sahaja." katanya kepada KLPOS pada Karnival Orang Asli di sini semalam.

Turut hadir Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan, Pengurus Besar Bahagian Pertanian ECER Tuan Said Zukri Said Hasan serta Tok Batin Kampung Tanam, Aheng.

Calon Barisan Nasional Rompin itu turut meminta ECER untuk membina 120 buah rumah tersusun bagi penempatan orang asli bagi menjadikan Kampung Tanam sebagai pusat nanas negara dan dalam pada masa yang sama menjadi satu perkampungan contoh orang asli.

"Saya meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempertimbangkan rayuan Tok Batin Kampung Tanam ini supaya dalam projek ini dibina 120 buah rumah untuk menampung semua warga kampung."

"Saya minta adakan dalam perancangan supaya kita bukan saja membina satu pusat nanas contoh negara, kita juga mempunyai satu contoh yang membanggakan iaitu perumahan warga orang asli yang moden cukup dengan prasarana serta kelengkapan," katanya.

ECER akan membuka ladang dan kilang nanas di Rompin yang memerlukan 2000 orang perkerja bagi menjalankan operasi penanaman dan pemprosesan serta menghasilkan buah nenas yang berkualiti untuk dieksport ke luar negara serta menghasilkan produk-produk dari buah nanas untuk dipasarkan.

Jamaluddin Kutuk Tindakan Pembangkang Manipulasi Isu Dakwat Kekal..


ROMPIN 2 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis mengutuk tindakan pembangkang yang cuba memanipulasikan isu dakwat kekal.

Menurut Jamaluddin, tidakan yang dilakukan oleh pembangkang ini sekadar tipu helah untuk mencemarkan nama baik Suruhan Pilihan Raya (SPR).

"Saya mengutuk tindakan ini, saya menganggap ini hanya tipu helah mereka (pembangkang) yang cuba untuk mencemarkan nama baik Suruhan Pilihan Raya (SPR) kononnya tidak telus.

"Kita tidak terkejut kerana agenda ini sudah lama mereka bawa," katanya kepada KLPOS pada Karnival Orang Asli di sini hari ini.

Tambahnya, isu ketelusan SPR ini telah dibangkitkan berulang kali dalam sesi persidangan Dewan Rakyat dan seharusnya pembangkang akur dengan keputusan SPR.

"Saya rasa tindakan yang dibuat hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat dengan menyatakan SPR tidak telus dalam menjalankan kerja.

"Sudah pasti SPR telah menyiasat perkara ini lebih awal lagi bahawa dakwat yang digunakan itu boleh tahan beberapa hari sehingga mengundi dan dakwat ini tidak akan melekat sehingga setahun," katanya.

Hari mengundi awal lalu, gambar seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang gambar jarinya dicalit dakwat kekal cuba dibersihkan oleh calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tersebar luas di internet.

Menurutnya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal.

Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu.

Thursday 2 May 2013

Jamaludin Jarjis : Pembangkang Cetus Provokasi Sekadar Raih Undi..

alt

ROMPIN 1 Mei - Provokasi yang dimainkan oleh Pakatan pembangkang tidak lebih dari sekadar untuk menarik perhatian dan sokongan justeru rakyat diseru untuk meneliti sebarang kenyataan sebelum menuding kepada mana-mana pihak.

Calon Barisan Nasional (BN) Rompin Datok Sri Jamaludin Jarjis berkata, provokasi yang dilakukan menimbulkan kerisauan ekoran ianya boleh menyebabkan berlakunya kejadian yag tidak diingini.

"Kita juga bimbang, banyak lagi unsur-unsur provokasi akan dibuat oleh pihak luar ini, takut masa mengundi nanti mereka tidak akan turun poster BN tetapi menurukan poster parti pembangkang untuk mnimbulkan provokasi." katanya pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Mampu Milik (RMM) Taman Nusa Putri, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Rompin itu juga menyeru agar orang ramai menyiasat terdahulu cetusan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya tidak menyalahkan BN.

"Saya nampak tiada sebab mengapa kita mahu melakukan perbuatan begitu. Kita ada sokongan yang baik daripada pengundi di Rompin dan kita mengikuti kaedah serta peraturan yang ditetapkan."

"Jika dahulu proses pengundian di Rompin ini aman, proses demokrasi ini berjalan dengan baik, kita takut ada unsur-unsur daripada pihak luar yang sanggup melakukan apa saja semata-mata mahu memburuk-burukkan imej BN." katanya Klpos

Wednesday 1 May 2013

FGV Diseru Buka Peluang Pekerjaan Kepada Generasi Kedua

alt.

MUADZAM SHAH 1 Mei - Felda Golden Ventures Holdings Berhad (FGVH) diminta menubuhkan sebuah kilang industri di Rompin bagi membuka peluang perkerjaan kepada anak-anak felda generasi yang kedua.

Calon Barisan Nasioal (BN) Rompin, Datuk Sri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, penyenaraian FGV memberi satu peluang baru kepada masyarakat felda.

"Untuk itu dengan penyenaraian FGV yang ada modal, saya meminta supaya modal ini FGV cuba menceburi dalam bidang industri dan membuaka peluang perkerjaan dikawasan-kawasan Rompin kepada generasi kedua."

"Dengan modal yang ada oleh FGV ini mampu membuka peluang-peluang untuk membina industri dan membuka peluang perkerjaan bagi yang menetap disini." katanya kepada pihak media pada Karnival Hari Keluarga Felda Palm Industies sdn bhd (FPISB) & Felda Golden Ventures Plantation Malaysia (FGVPM) 2013 di Bandar Tun Razak, hari ini.

Turut hadir pada karnival tersebut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahusain dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sabri Ahmad.

Jelas beliau lagi, ini merupakan agenda baru dimana felda dahulunya merupakan agenda ayahanda kepada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak untuk membuka ladang dan membina kilang untuk peneroka felda generasi pertama.

"Perjuangan ayahanda Datuk Seri Najib Tun Razak sudah semestinya diteruskan dengan membela anak-anak felda generasi kedua dengan membangunkan industri."

"Saya maklum kepada mereka berilah mandat kepada Perdana Menteri, insyallah beliau akan meminta pada FGV dan akan menterjemahkan hasrat impian anak muda ini untuk mendapatkan perkerjaan dikawasan ini," ujarnya.