Friday 3 May 2013

Jamaluddin Kutuk Tindakan Pembangkang Manipulasi Isu Dakwat Kekal..


ROMPIN 2 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis mengutuk tindakan pembangkang yang cuba memanipulasikan isu dakwat kekal.

Menurut Jamaluddin, tidakan yang dilakukan oleh pembangkang ini sekadar tipu helah untuk mencemarkan nama baik Suruhan Pilihan Raya (SPR).

"Saya mengutuk tindakan ini, saya menganggap ini hanya tipu helah mereka (pembangkang) yang cuba untuk mencemarkan nama baik Suruhan Pilihan Raya (SPR) kononnya tidak telus.

"Kita tidak terkejut kerana agenda ini sudah lama mereka bawa," katanya kepada KLPOS pada Karnival Orang Asli di sini hari ini.

Tambahnya, isu ketelusan SPR ini telah dibangkitkan berulang kali dalam sesi persidangan Dewan Rakyat dan seharusnya pembangkang akur dengan keputusan SPR.

"Saya rasa tindakan yang dibuat hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat dengan menyatakan SPR tidak telus dalam menjalankan kerja.

"Sudah pasti SPR telah menyiasat perkara ini lebih awal lagi bahawa dakwat yang digunakan itu boleh tahan beberapa hari sehingga mengundi dan dakwat ini tidak akan melekat sehingga setahun," katanya.

Hari mengundi awal lalu, gambar seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang gambar jarinya dicalit dakwat kekal cuba dibersihkan oleh calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tersebar luas di internet.

Menurutnya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal.

Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment