Thursday 2 May 2013

Jamaludin Jarjis : Pembangkang Cetus Provokasi Sekadar Raih Undi..

alt

ROMPIN 1 Mei - Provokasi yang dimainkan oleh Pakatan pembangkang tidak lebih dari sekadar untuk menarik perhatian dan sokongan justeru rakyat diseru untuk meneliti sebarang kenyataan sebelum menuding kepada mana-mana pihak.

Calon Barisan Nasional (BN) Rompin Datok Sri Jamaludin Jarjis berkata, provokasi yang dilakukan menimbulkan kerisauan ekoran ianya boleh menyebabkan berlakunya kejadian yag tidak diingini.

"Kita juga bimbang, banyak lagi unsur-unsur provokasi akan dibuat oleh pihak luar ini, takut masa mengundi nanti mereka tidak akan turun poster BN tetapi menurukan poster parti pembangkang untuk mnimbulkan provokasi." katanya pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Mampu Milik (RMM) Taman Nusa Putri, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Rompin itu juga menyeru agar orang ramai menyiasat terdahulu cetusan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya tidak menyalahkan BN.

"Saya nampak tiada sebab mengapa kita mahu melakukan perbuatan begitu. Kita ada sokongan yang baik daripada pengundi di Rompin dan kita mengikuti kaedah serta peraturan yang ditetapkan."

"Jika dahulu proses pengundian di Rompin ini aman, proses demokrasi ini berjalan dengan baik, kita takut ada unsur-unsur daripada pihak luar yang sanggup melakukan apa saja semata-mata mahu memburuk-burukkan imej BN." katanya Klpos

No comments:

Post a Comment