Friday 3 May 2013

ECER Bantu Naikkan Ekonomi Orang Asli Di Rompin..


ROMPIN 2 April - Projek nanas yang dimajukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan menaikkan ekonomi orang asli Kampung Tanam di sini.

Ketua Umno Bahagian Rompin, Datok Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, projek nenas yang dibangunkan oleh ECER akan memberi peluang perkerjaan kepada warga orang asli di Kampung Tanam dan menjana pendapatan mereka.

"Projek ini bukan saja memerlukan mereka berkerja tetapi akan melibatkan diri dalam projek ini melalui koperasi, semua warga Kampung Tanam akan mempunya kepentingan dalam projek ini dalam bentuk saham koperasi.

"Untuk itu ECER telah memberi jaminan bahawa mereka akan mendapat sekurang-kurangnya RM600 sebulan melalui koperasi, pendapatan boleh bertambah jika mereka menjadi pengusaha nenas serta berkerja diprojek nenas akan mendapat gaji bulanan jika tidak berkerja akan hanya mendapat duit koperasi sahaja." katanya kepada KLPOS pada Karnival Orang Asli di sini semalam.

Turut hadir Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan, Pengurus Besar Bahagian Pertanian ECER Tuan Said Zukri Said Hasan serta Tok Batin Kampung Tanam, Aheng.

Calon Barisan Nasional Rompin itu turut meminta ECER untuk membina 120 buah rumah tersusun bagi penempatan orang asli bagi menjadikan Kampung Tanam sebagai pusat nanas negara dan dalam pada masa yang sama menjadi satu perkampungan contoh orang asli.

"Saya meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempertimbangkan rayuan Tok Batin Kampung Tanam ini supaya dalam projek ini dibina 120 buah rumah untuk menampung semua warga kampung."

"Saya minta adakan dalam perancangan supaya kita bukan saja membina satu pusat nanas contoh negara, kita juga mempunyai satu contoh yang membanggakan iaitu perumahan warga orang asli yang moden cukup dengan prasarana serta kelengkapan," katanya.

ECER akan membuka ladang dan kilang nanas di Rompin yang memerlukan 2000 orang perkerja bagi menjalankan operasi penanaman dan pemprosesan serta menghasilkan buah nenas yang berkualiti untuk dieksport ke luar negara serta menghasilkan produk-produk dari buah nanas untuk dipasarkan.

No comments:

Post a Comment