Saturday 20 April 2013

Jamaluddin Jarjis : Perkukuhkan Jentera BN demi Kemenangan PRU13.


ROMPIN 20 April - Jentera Barisan Nasional (BN) khususnya di Parlimen Rompin diingatkan agar memperkemaskan pasukan jentera bagi memastikan kemenangan lebih cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Calon BN Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata, kesemua jentera tidak sewajarnya memandang ringan terhadap calon parti lawan sebagai pembangkit semangat dalam memperkukuhkan gerak kerja sepanjang tempoh Hari Berkempen.

"Saya menganggap apabila ada satu persaingan kita mesti ambik berat dan berkerja gigih. Jangan berfikir tentang pasukan sana.

"Kita mesti berfikir tentang pasukan kita. Pasukan BN (Parlimen) Rompin tidak memandang enteng (ringan) dengan apa siapa juga kita bersaing, sewajarnya kita melihat apa jua persaingan itu secara serius," katanya kepada pemberita selepas pengisytiharan nama calon Parlimen Rompin di Dewan Jubli Parak, Majlis Daerah Rompin (MDR) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jamaluddin turut berpuas hati dengan kelancaran sepanjang berlangsungnya proses penamaan calon di kawasan Parlimen Rompin.

"Saya bersama pasukan BN melihat pengurusan Pilihan Raya di sini berjalan sungguh baik dan kita menghargai khidmad anggota keselamatan dan Suruhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



"Ini menunjukkan dari segi prestasi, kemampuan perkhidmatan awam kita mampu membantu pentadbiran pemimpin politik untuk menguruskan Negara.

"Saya nampak bahawa warga Rompin sepatutnya berasa bangga bahawa proses pemilihan ini berjalan dengan baik dan ia mengharumkan nama Rompin." katanya.

Jamaluddin yang menyandang jawatan Parlimen Rompin sejak 23 tahun yang lalu bakal dicabar bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Manakala bagi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu menyaksikan persaingan 3 penjuru yang turut diwakili calon Bebas.

Calon BN bagi DUN Tioman, Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain bakal berhadapan dengan PAS, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan seorang wakil Bebas, Mohd Zolfakar Taib.

Manakala Mohd Zolfakar Taib yang merupakan calon BN bagi kawasan DUN Muadzam Shah bakal ditentang wakil PKR, Mohd Nordin Pa'Wan Chik. KLPOS

No comments:

Post a Comment