Thursday 25 April 2013

Wan Kadri janji Selesai Isu Tanah Orang Asli



MUADZAM SHAH, 24 April - Barisan Nasional (BN) berjanji akan menyelesaikan untuk isu tanah Orang Asli Bukit Ibam dan tidak akan membiarkan isu tersebut berpanjangan selepas mendapat mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam, Datok Wan Kadri Wan Mahusain berkata isu tanah orang Orang Asli adalah isu rumit kerana mereka duduk di rizab tanah bukan hak milik mereka.

"Saya secara pribadi, kita tahu Orang Asli adalah orang asal Malaysia mereka mempunyai hak sepertimana kita. Kita mesti menangani masalah tanah ini secara yang ditetapkan oleh kerajaan."

"Insyallah saya akan lihat pekara ini dengan lebih fokus supaya masalah Orang Asli ini diselesaikan serta memberi hak kepada mereka." katanya kepada Wartawan KLPOS dalam satu temubual khas di Bandar Tun Razak Keratong di sini, hari ini.

Katanya lagi,sebarang masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli turut akan diselesaikan sekiranya mandat terus diberikan BN.

"Jika saya diberi mandat, melalui jabatan Orang Asli dan Pejabat Tanah serta sebagainya kita akan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan masalah orang asal ini diselesaikan." katanya

No comments:

Post a Comment