Thursday 25 April 2013

Suffian Awang Jamin Lynas Selamat..

alt

KUANTAN 25 April - Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa kilang pemprosesan nadir bumi , Lynas Corporation adalah selamat ekoran syarikat tersebut mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Suffian Awang mengatakan, jaminan tersebut diberikan ekoran ramai pihak tidak bertanggungjawab menggunakan isu Lynas sebagai permainkan politik justeru memberi keadaan tidak selesa kepada rakyat setempat.

"Bagi saya isu Lynas akan dibawa oleh pembangkang di Kuantan, semakin lama semakin hari orang dah nampak bahawa isu ini di politikan."

"Jaminan telah diberikan, keseluruhannya masyarakat begitu yakin dengan kerajaan. Sekiranya syarat-syarat itu tidak di patuhi insyALLAH jika saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuantan sayalah orang pertama akan mengambil tindakan terhadap syarikat yang tebabit." katanya ketika kepada pemberita selepas program 'walkabout' di Bandar Kuantan besama calon MCA Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum Chong Hong Seong di sini hari ini.



Beliau dalam pada itu menjelaskan rata-rata pengusaha-pengusaha kedai dan syarikat di Kuantan mengharapkan perubahan dapat dilakukan demi mempertingkatkan lagi ekonomi tempatan.

"Apabila saya membuat tinjauan walkabout di syarikat-syarikat di sini Alhamdullilah sedikit sebanyak kita dapat melihat reaksi peniaga di sini."

"Mereka menaruh harapan yang amat tinggi supaya perubahan dapat dilakukan di dalam bandar Kuantan bagi meningkatkan ekonomi," ujarnya.

Suffian juga turut menyatakan kesediaannya untuk membantu rakyat Kuantan sekiranya beliau diberi mandat untuk menjadi Ahli Parlimen. Klpos

No comments:

Post a Comment