Friday 8 February 2013

Blog Rasmi Datuk Seri Dr Ir Jamaluddin Jarjis P091 Rompin


Karier politik Y.B. Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung MengkasarPekan. Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan PengerusiJawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 1994.
Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi. [2]
Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menang kerusi parlimen RompinPahang .Beliau menang dengan mendapat undi sebanyak 21308. Calon lawan ialah Mazlan Bin Mohamed Yasin dari PAS mendapat 10,629 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79%. Undi rosak sebanyak 824.

1 comment:

  1. assalammualaikum dato' terlebih dahulu saya memohon maaf, dato' disini saya cuma ingin menyampaikan hasrat hati seorang bapa. sebelum saya berangkat ke negeri Sarawak bapa saya ada menceritakan pada saya mengenai dato'. masihkah dato' ingat siapakah yang membawa perjuangan umno mula2 di felda keratong 9? dato' tolonglah melawat bapa saya yang berada di No 19, Blok 1 felda keratong sembilan, mungkin dato' boleh imbas kembali kenangan dato' bersama dia. tiada apa yang dia mahukan daripada dato'. untuk maklumat dato' dia tetap setia hingga ke hujung nyawanya dengan umno. saya cuma ingin kebahagian untuknya sebelum ia pergi jauh..sekurang-kurang nya dengan kehadiran dato' dapatlah ia luahkan perasaanya dan perjuanganya selama ini di hargai......sekian terima kasih................................................................

    ReplyDelete